BAYARAN YURAN TAHUNAN KEAHLIAN JASRA & PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU

Peringatan Untuk Memperbaharui Keahlian Tahunan JASRA dan Tawaran Pendaftaran keahlian baru.


Salam sejahtera.

Makluman kepada semua rakan ahli JASRA untuk menjelaskan yuran tahunan [Tahun 2020] yang berjumlah RM 30.00 [Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja]. Pihak pengurusan mendapati masih ramai rakan – rakan ahli yang belum membuat bayaran yuran tahunan pada tahun ini. Setelah menjelaskan bayaran sila muat naik resit / slip transaksi bank di laman sesawang di bawah. Oleh itu, pihak kami berharap agar tuan / puan boleh menjelaskan segera bayaran ini bagi mengelakkan yuran keahlian anda tertunggak.

 

Bagi rakan – rakan yang telah lama yuran tahunannya tertunggak iaitu sejak 2019 dan tahun sebelumnya bolehlah hubungi naib setiausaha Jasra [9W2JPX] melalui emel : untuk perbincangan selanjutnya bagi menyelesaikan isu tunggakan berkenaan.

 

Manakala rakan – rakan yang berminat untuk menjadi ahli Jasra juga boleh berhubung dengan pihak pengurusan Jasra atau terus melayari laman sesawang bagi mengisi borang pendaftaran online.

https://www.jasra.name.my/index.php/sistem-keahlian-atas-talian-online/

 

Sekiranya ada permasalah sistem atas talian boleh hubungi :

9W2HOZ

9W2FRP

9W2JPX

9W2FNZ