Pendaftaran Callsign Citizen Band

Sebagai salah satu khidmat komuniti dan dengan matlamat menyemarakkan penggunaan radio dikalangan rakyat, JASRA telah mengambil inisiatif mewujudkan sistem pendaftaran callsign Citizen Band (CB) secara online untuk memberikan kemudahan kepada sesiapa saja yang berminat.

Pendaftaran boleh dibuat di https://online.jasra.org.my dengan mengisikan butir-butir asas diri anda sebagai rekod JASRA sebagai penyelenggara pengkalan data.

Prefix: 113JS  Suffix: xxx

Callsign yang ditetapkan ialah dengan prefix 113JS dan suffix adalah nombor digit yang ditetapkan secara automatik oleh sistem mengikut urutan. Anda perlu melengkapkan borang pendaftaran dan yang paling mustahak menentukan email anda mesti tepat dan jangan ada salah ejaan kerana proses verifikasi memerlukan anda membuka email dan melengkapkan pendaftaran melalui link yang dikirim ke email anda.

Seluruh AJK JASRA dan keluarga JASRA mengucapkan selamat datang kepada semua rakan-rakan yang berminat untuk memupuk minat terhadap radio sebagai langkah pertama dengan Citizen Band.

Kemaskini 9 Ogos 2021. Berlaku kekeliruan dan salah faham dikalangan rakan-rakan dan ini adalah penjelasannya

1.  JASRA hanya menyediakan perkhidmatan mendaftar callsign Citizen Band dan menyimpan maklumat anda. Mendaftar callsign Citizen Band tidak bermaksud anda menjadi ahli JASRA. Maklumat lanjut dikirimkan melalui email setelah mendaftar. Tentukan email anda tepat, masih aktif dan tiada salah ejaan. Pastikan membuat semakan di spam / junk folder di email anda.

2. Sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk mendapatkan callsign CB di seluruh Semenanjung Malaysia. 

3. Anda tidak diwajibkan menjadi ahli JASRA, namun sekiranya berminat untuk menjadi ahli, keluarga besar JASRA mengalu-alukan penyertaan anda dengan membayar yuran keahlian sebagai sumbangan dan tanda sokongan anda. Maklumat terperinci dikirimkan melalui email setelah mendaftar.

Anda boleh menyertai Facebook Group Ciziten Band dan berinteraksi dan mempelajarinya bersama rakan-rakan yang ada disitu. Untuk pembacaan lanjut, sila muat turun  Communication and Multimedia Act 1998 Class Assignments No 1 2015, untuk maklumat terkini Table E dan F tidak boleh digunakan.

Table B untuk HF 11 meter band, Table C untuk analog, Table D untuk digital. Sila buat pembacaan, ilmu itu pelita hidup dan ilmu itu membina keyakinan.

Sijil boleh dimuat turun dan dicetak sendiri setelah anda selesai proses pendaftaran.