Pengecualian Bayaran Fi Penguntukan Radas (“AA”) bagi Permohonan Semula (Pembaharuan) AA melalui dalam talian untuk Perkhidmatan Stesen Amatur (Kelas A dan B)

Sumber: MCMC

PEMBERITAHUAN

Pengecualian Bayaran Fi Penguntukan Radas (“AA”) bagi Permohonan Semula (Pembaharuan) AA melalui dalam talian untuk Perkhidmatan Stesen Amatur (Kelas A dan B)

MyDIGITAL sebagai inisiatif nasional melambangkan hasrat Kerajaan untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi dan pendigitalan, transformasi ini adalah penting bagi menjayakan ekonomi digital.

Dalam menyokong inisiatif ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan ini ingin mengumumkan bahawa bayaran fi bagi permohonan semula (pembaharuan) AA untuk perkhidmatan stesen amatur (Kelas A dan B) secara dalam talian adalah dikecualikan.

Fi AA akan dikenakan ke atas permohonan baharu sementara bayaran fi permohonan semula AA untuk tahun berikutnya adalah dikecualikan bagi permohonan yang diterima secara dalam talian. Setiap permohonan semula AA yang dilakukan secara serahan tangan atau pos akan dikenakan fi AA seperti sedia ada. Tiada pengecualian fi AA diberikan untuk kategori-kategori lain di bawah perkhidmatan amatur.

Pengecualian fi AA tersebut diberi adalah untuk kepentingan awam selain berperanan untuk mempromosi dan memberi hebahan berkenaan penggunaan radio amatur kepada masyarakat terutamanya semasa
kecemasan.

Tarikh kuat kuasa pengecualian fi AA seperti yang dinyatakan di atas bermula pada 1 Januari 2022.

Nota:

 Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pemberitahuan ini, sila rujuk soalan-soalan lazim melalui pautan di bawah.

 Bagi pemegang AA yang telah membuat pembayaran untuk tempoh AA sehingga tahun 2025, pembayaran balik fi AA akan dilakukan dan sila berhubung dengan MCMC seperti perincian di bawah.

FAQ

PDF

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pelesenan dan Penguntukan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
MCMC Tower 1,
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor
Tel: +60 3 8688 8000
E-mel: