Pengumuman MCMC – Penyelarasan Urusan Permohonan Penguntukan Radas Bagi Perkhidmatan Radio Amatur

Sumber: MCMC

PENYELARASAN URUSAN PERMOHONAN PENGUNTUKAN RADAS BAGI PERKHIDMATAN RADIO AMATUR, STESEN KAPAL DAN RANGKAIAN PERSENDIRIAN RADIO BERGERAK DARAT DARI PEJABAT-PEJABAT NEGERI KE IBU PEJABAT SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA DI CYBERJAYA, SELANGOR

CYBERJAYA, 30 Ogos 2021 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”) ingin memaklumkan bahawa segala urusan berkaitan dengan permohonan Penguntukan Radas untuk perkhidmatan radio amatur, stesen kapal dan rangkaian persendirian radio bergerak darat di Pejabat Negeri MCMC Pahang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak akan diselaraskan untuk dianalisa dan diproses oleh Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Pejabat-pejabat Negeri tersebut tidak lagi akan memproses permohonan Penguntukan Radas di negeri masing-masing.

Tujuan penyelarasan tersebut dibuat adalah bagi menyediakan dan menggalakkan pemohon untuk mengemukakan permohonan secara elektronik dan pembayaran fi Penguntukan Radas secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan Penguntukan Radas boleh dirujuk kepada Bahagian Pelesenan dan Penguntukan seperti butiran
berikut.

Perubahan ini adalah berkuatkuasa pada 1 September 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pelesenan dan Penguntukan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
MCMC HQ Tower 1,
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor
Tel: +60 3 8688 8000
Emel: