Program Bulan Kesiapsiagaan Nasional Negeri Johor 2019 – Pameran Radio Amatur

JASRA telah dijemput untuk bersama memeriahkan Program Bulan Kesiapsiagaan Nasioanl Peringkat Negeri Johor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Daerah Johor Bahru. Program tersebut diadakan pada 13 Oktober 2019 di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Dr Sharuddin bin Jamal, Menteri Besar Johor. Program ini merupakan kesinambungan semangat Bulan Kesiapsiagaan Nasional yang diraikan sepanjang bulan Oktober setiap tahun. Program ini telah disertai oleh beberapa agensi Persekutan, Negeri dan NGO. JASRA adalah salah satu dari NGO yang terlibat dengan menyediakan pameran peralatan radio yang dipasang di kenderaan dan pameran di dalam dewan. Tema program ialah “Mempertingkatkan Daya Tahan Bencan Komuniti Dengan Memahami Risiko Bencana dan Kegiatan Pengurangan Risiko Bencana Yang Dipimpin Komuniti”.

“Di kesempatan ini, saya menyeru agar semua pihak dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan semua proses dalam membantu mangsa bencana dapat dilaksanakan dengan sewajarnya dan berjalan lancar. Saya juga berharap agar budaya kesiapsiagaan tidak hanya pada bulan ini sahaja. Tetapi, menjadi satu budaya berterusan sehingga kita dapat mencapai masyarakat atau komuniti yang berdaya tahan,” antara petikan ucaapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Johor. Dii petik dari Johor Kini.

Bagi pihak keluarga besar JASRA, seluruh Ahli Jawatankuasa mengucapkan ribuan terimakasih dan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat, terutama kepada 9W2USC Zulhelmi sebagai penyelaras dan tonggak utama iaitu 9W2DES bang Idris yang menyediakan kenderaan yang dilengkapi peralatan komunikasi kepunyaan beliau dan 9W2YNZ Mohd Zahri yang turut sama-sama berhempas pulas melengkapkan segala peralatan komunikasi yang lengkap dan berfungsi semasa pameran. Selain dari itu, jutaan terimakasih kepada 9W2SNN, 9W2PUF, 9W2NZl dan rakan-rakan yang lain yang turut sama membantu. End.

Attachment: Surat Jemputan Program BKN 2019