Program SOTA rakan Melaka, Muar dan Tangkak

JASRA Melaka telah diberi peluang untuk bersma-sama dengan Persatuan Radio Amatur Muar yang menganjurkan Summits On The Air (SOTA) pada 1 September 2019 dimana program ini dilaksanakan di tiga tempat yang berlainan secara serentak iaitu di Bukit Batu Lebah Melaka, Bukit Mor Muar dan di Loji SAJ Gunung Ledang sebagai Activator. Program ini juga disokong oleh Kulai DX yang berperanan sebagai Chaser.

Objektif bagi program ini dijalankan ialah:

a) Memberi pendedahan kepada peserta akan ilmu dan kemahiran dalam penggunaan peralatan radio amatur.
b) Meningkatkan stamina dan kesihatan fizikal dan mental peserta melalui aktiviti pendakian.
c) Memperkenalkan puncak-puncak bukit dan gunung di Malaysia sebagai salah satu aktiviti pelancongan pendakian.

Aktiviti ini sebenarnya telah lama dilakukan dan mula dilaksanakan secara program yang tersusun di negara Great Britain pada tahun 2002. Program ini dikawal selia oleh sekumpulan peminat radio amatur dari England dan maklumat penuh boleh diperolehi di https://www.sota.org.uk. Program ini terbuka kepada semua pemegang lesen radio amatur diseluruh dunia. Aktiviti yang dijalankan adalah termasuk aktiviti pendakian.

Apa yang menariknya, inilah aktiviti SOTA kali pertama yang disertai oleh JASRA Melaka yang menggunakan callsign 9M4CJM (Jebat DX Club). Walaupun program ini singkat dari waktu pagi menjelang ke tengahari, namun pengalaman mengadakan aktiviti seperti ini memberikan inspirasi dan pendedahan kepada betapa mustahaknya aktiviti sukan radio yang digabungkan dengan aktiviti fizikal mendaki kawasan bukit atau pergunungan.

Selain dari menguji kekuatan mental dan fizikal semasa proses pendakian, faktor yang mustahak ialah menyediakan peralatan radio yang bersesuaian bersama sumber kuasanya termasuk antenna untuk dibawa di back pack masing-masing. Faktor saiz radio, kekuatan pancaran, jenis antenna yang digunakan, sumber kuasa dari bateri dan yang paling mustahak ialah berat peralatan tersebut yang perlu ditanggung semasa dalam pendakian. Selain dari itu, faktor cuaca juga perlu difikirkan supaya radio tidak rosak terkena air hujan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada 9M2ESM selaku individu yang menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk melaksanakan aktiviti ini sebagai penganjur yang mengkoordinasi penyertaan aktivis radio amatur dari sekitar Muar, Tangkak dan Melaka. Mudah-mudahan pengalaman ini akan menjadi panduan untuk aktiviti SOTA yang akan datang, khususnya kepada mereka yang telah bersama-sama mengorbankan masa rehat mereka demi merealisasikan minat dan hobi yang sangat menarik ini.

Callsign:
Lokasi (1) Bukit Mor Muar : 9M4PMC/P (Activator)
Lokasi (2) Bukit Batu Lebah Melaka : 9M4CJM/P (Activator)
Lokasi (3) Loji SAJ Gunung Ledang Tangkak : 9M4CMR/P (Activator)
Lokasi (4) Club Station Kulai DX Club, Johor : 9M4COO (Chaser)

Penggunaan Frekuensi:
• Band 40m : 7.120 MHz (SSB)
• Band 2m : 146.500 FM (Simplex)
• Band 70cm : 439.000 FM (Simplex)

Operator:
Lokasi (1) : 9M2ESM, 9W2IYN, 9W2ZWC, 9W2FYX, 9W2CWC, 9W2RDC
Lokasi (2) : 9M2WAK, 9W2USM, 9W2FRP, 9W2RIE
Lokasi (3) : 9W2SPN, 9W2ZRI, 9W2TXP, 9W2FTJ, 9W2JBU
Lokasi (4) : Kulai DX Club

Peralatan:
Lokasi (1) : RACAL PRM 4021 with G5RV jr, VV-898E Back-packable Portable VHF/UHF with mobile antenna..
Lokasi (2) : JJ Homebrew Radio, Multiband End Fed Half Wave & homebrew 40 meter mobile antenna
Lokasi (3) : HF with shorty antenna, Handy protable, Leixen 25 watt.
Lokasi (4) : Icom 718, 40m rotary dipole.

Detail lokasi:
Lokasi (1): Altitude : Bukit Mor, 210m, Koordinat : 1.979612 N, 102.677057 E
Lokasi (2): Altitude : Bukit Batu Lebah, 170m, Koordinat : 2°24’02.8″N 102°26’00.9″E (2.400765, 102.433571)
Lokasi (3): Altitude : Loji SAJ Gunung Ledang, 187m, Koordinat : 2.32395 N, 102.58273 E

Persatuan Radio Amatur Muar, Johor
Jebat DX Club, Melaka