MySET-1-2020

Soal Selidik MySET JASRA Siri 1/2020

Mohon keikhlasan anda untuk menjawab semua soalan dengan teliti dan tidak terburu-buru. Komen anda di ruangan yang disediakan sangat diharapkan untuk memberikan idea dan sebagainya demi penambahbaikan. Segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan tidak dihebahkan. JAWAB SEMUA SOALAN. Beri jawapan dengan JUJUR dan IKHLAS.

Email?
1. Adakah anda berpendapat MySET anjuran JASRA ini perlu diteruskan dimasa hadapan? Cadangannya 3 kali setahun. (Boleh isi lebih dari satu jawapan)
2. Semasa Latihan MySET Siri 1/2020 yang lalu, adakah pembahagian frekuensi mengikut sektor / negeri satu langkah yang baik?
3. Pada pendapat anda, apakah sistem atau cara yang digunakan untuk MySET dengan menyediakan Arahan Terperinci, Borang Berita, Nama Samaran dan penyediaan berita untuk dikirim itu baik dan perlu diteruskan? (Boleh isi ruangan komen sekiranya pilihan jawapan tidak bersesuaian dan anda ada idea lain)
4. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk menarik perhatian peserta yang lebih ramai untuk menyertai MySET? (Boleh isi lebih dari satu jawapan)
5. Selain dari kaedah tradisional Voice mode, adakah anda setuju sekiranya MySET akan datang diserapkan elemen komunikasi menggunakan digital mode seperti RTTY, FT8, JT65, SSTV dan lain-lain? Adakah ini akan memberikan kesan kepada penyertaan?
6. Adakah anda berpendapat MySET perlu juga dilaksanakan untuk band HF, umpamanya di 40 meter band?
7. Pada pendapat anda, mengapa MySET ini yang berasaskan komunikasi secara simplex kurang mendapat sambutan? (Boleh isi lebih dari satu jawapan)
8. Adakah taklimat menggunakan aplikasi Skype yang dibuat sebelum ini baik? Atau ada cara lain untuk menentukan rakan yang menyertai dapat melaksanakannya dengan sempurna?
9. Ada stesen yang telah mendaftar untuk menyertai MySET, tetapi semasa aktiviti berlangsung, tiada siapa yang mendengar stesen berkenaan. Pada pendapat anda, apa sebabnya? Dan apakah kaedah mengatasi masalah sebegini? (Boleh isi lebih dari satu jawapan)
10. Pada pendapat anda, apakah wajar penganjur mengenakan bayaran kepada peserta yang menyertai aktiviti MySET dan bayaran itu sebenarnya untuk kos membeli hadiah kepada pemenang. Contohnya pemenang akan mendapat hadiah rig, handy talkie, antenna berjenama dan lain-lain.
11. Ada yang berpendapat pecahan frequensi mengikut negeri atau sektor sangat menyukarkan untuk memantau semua frequensi dan sengaja diada-adakan untuk menyusahkan? Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?
12. Atas dasar senario latihan komunikasi semasa bencana dimana tiada bekalan elektrik komersial dan terpaksa menggunakan bateri atau generator, adakah senario tersebut menyusahkan peserta?
13. Adakah hanya satu berita yang perlu dihantar dari stesen anda ke stesen tujuan mencukupi? Apakah ada keperluan berita tersebut perlu ditambah? Jika ya, berapa berita yang wajar?
14. Pada pendapat anda, adakah wajar penganjur menyediakan BERITA yang hendak dikirim dan menentukan berita itu ditujukan kepada siapa? Adakah anda ada pendapat lain, jika ada sila tuliskan diruangan komen.
15. Dalam hal menganjurkan sesuatu aktiviti, aspek kelancaran penganjuran yang bersistematik sangat mustahak. Perancangan terperinci perlu dibuat, disamping satu Jawatankuasa khas yang terdiri dari beberapa orang untuk sama-sama merancang. Adakah anda bersetuju sekiranya anda terpilih menjadi sebahagian dari pasukan penganjur dan bersedia memberikan komitmen?
16. Apakah penilaian anda (rating) kepada aspek penganjuran MySET ini antara 1 hingga 5. Berikan komen anda.  (1 = lemah dan 5 = terbaik)