Sukarelawan Senggaraan Repeater 9M4RLD Gunung Ledang

Sukarelawan Repeater JASRA Gunung Ledang 9M4RLD yang diketuai oleh 9W2ZNL Zainal Yaacob (Tok Abah) akan membuat kerja-kerja senggaraan repeater di puncak Gunung Ledang dan akan bermalam dengan maklumat seperti berikut:

Tarikh: 25 Julai 2020 (Sabtu)

Sila berada di kawasan Tangkak pada jam 9 pagi.

Komunikasi Simplex: V35

Yang berkelapangan dan secara sukarela untuk sama-sama menyertai dan membantu, sila isi maklumat seperti borang web dibawah. Anda akan menerima email pengesahan setelah mendaftar, jika tiada semak di folder spam / junk email anda. Pastikan isi alamat email anda yang betul (jangan ada salah ejaan).

Rakan-rakan digalakkan membawa bekalan air minuman, makanan secukupnya, peralatan memasak, baju sejuk, baju hujan dan peralatan tool semasa membuat kerja-kerja senggaraan nanti.

Sila buat koordinasi dengan rakan-rakan untuk kenderaan yang bersesuaian untuk memandu hingga ke puncak gunung.  Sebarang pertanyaan, hubungi Tok Abah di 0197831716.

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP